Saturday, June 25, 2016

Bab 1

'Kringgg!!!Kringggg!!!Kringgg!!!' Bunyi jam loceng yang kuat itu memeranjatkan Dania Umaira. Lantas tangan kanannya meraba-raba mencari jam loceng pink comel miliknya. 
Mata Dania Umaira seperti dihempab batu bata yang besar mahu membuka mata. Seusai mandi, Dania Umaira melihat cermin sambil menyisirkan rambutnya yang sudah kering dan dilap menggunakan tuala berwarna pink sebentar tadi. Wajah yang bulat dan susuk tubuh yang montel menyebabkan Dania Umaira kurang berinteraksi dengan cermin dibiliknya. Kulitnya yang putih gebu dioles dengan bedak serbuk biasa jenama Enchanteur. Hanya dalam 3 minit dia selesai bersiap. Hari Isnin hari permulaan Dania Umaira bersekolah di Smk Damai Raja kerana mengikuti ayahnya bekerja di sana.
"Comelnya anak ibu ni..mari Umaira, mama masakkan breakfast special untuk Umaira anak kesayangan mama ni." Puan Siti, ibu kepada Dania Umaira. Seorang ibu yang penyayang dan sentiasa memahami anak tunggalnya dan juga seorang wanita yang hebat, walaupun Puan Siti bekerjaya dalam bidang profesion kedoktoran namun dia tak lupakan tanggungjawabnya di rumah. Ayah Dania Umaira pula seorang pegawai akauntan.

Start serius

Assalamualaikum, 

Sudah lama rasanya aku tak berblogging...
Bukannya apa, selalunya aku menulis blog dengan menggunakan komputer..
Tapi bermula hari ini, aku bisa menaip segala luahan dan ceritera hidupku 
hanya menggunakan telefon bimbit yang mak aku belikan.
Rasa teruja tu tak tahu nak ungkap seperti apa.Alhamdulillah, ustaz kata kalau 
ada sesuatu perkara yang menggembirakan kita haruslah basahkan lidah 
kita dengan kata kata syukur kepada-nya...

Baik, buat pertama kalinya untuk tahun ini yakni tahun 2016..aku rasa inginkan sesuatu 
yang mengembirakan hati aku. Yep, start sekarang aku nak serius di dalam dunia blog.

Selalunya aku akan luahkan isi hati aku di laman yang lain..tapi serius talk!Memang tak 
best!OK, i need it!

Tuesday, March 29, 2016

testing

Salam sejahtera, terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca blog yang tak seberapa ni.